Jul 24, 2009

Risauuuuu

Sangat risau.. i20.. i20.. tiada i20..tak boleh masuk balik..tak boleh masuk us.. tak pandai buat kerja ke pos laju ni ha??.. dah 2 minggu seyh. ke aku yang silap tulis alamat.. ish mana da, dah cek dah.. sabar sabar.. nanti kakju tolong cekkan.. wawawa.. cuak+risau..

i20.. aku pun tak tahu nak jelaskan i20 tu macam mana. i20 hanyalah sekeping eh bukan 2 keping kertas yang bercop universiti aku..maksudnya aku adalah seorang pelajar di sekian sekian dari tahun sekian sekian sampai sekian sekian. Tapi pelik juga, tak semua pelajar belajar kat us ada i20.. ikut universiti tu. Macam aku mungkin sebab visa F1.. Jadi mungkin sebab itu ada i20.. mungkin mungkin.

Alkisahnya. i20 ini kena update setiap tahun. bahhhhhhhh....manalah aku ingat! Benda ni pun senior yang cakap. Itupun nasib baik tau senior bagitahu.. kalau tak..ha.. tak sanggup aku kena tahan dengan imigrasi. Tak lepas masuk bajet aku ni pendatang haram.. hooohh..

Doakan i20 aku selamat sampai di tangan orang yang sepatutnya..