Nov 14, 2009

Siapalah kita??

Selalu kita dengar ini
"Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang tentukan"
Bayangkan korang dah plan nak buat sesuatu, contohnya travel.
Dah plan itu ini, beberapa bulan sebelum tu dan siap ada back up plan lagi.
Tetiba ok..tak jadi..
'Bye minne'
*pujuk hati..pasti ada hikmahnye. Setiap yang berlaku tu mesti da sebabnye*
+Maybe sebab Allah nak suruh aku study tu.. Sebabnye lepas cuti seminggu tu, exam pun datang menyerang! haiyark..
+Maybe juga sebab bahaya drive hujan2 ni. Jalan licin..(bukan aku drive,harap maklum)
+Maybe juga duit yang nak diguna tu aku perlukan one day, mana tau ada emergency ke pe kan. Who knows~

Yep, sangat banyak kemungkinan. Kita je tak tahu kan.

Samalah juga kesnya kalau kita nak sesuatu,tapi tak dapat..Contoh paling dekat, exam la kan. Result teruk.
Mesti akan tanya kenapa??
Terasa macam dah usaha sampai tahap nak mati rasa.
Tapi hasilnya?? Tak seperti yang kita nak, yang kita expect.
Mesti rasa sedih kan, terkilan..kekadang rasa macam nak tembak diri sendiri pun de..
Pastu mulalah rasa serba serbi tak kena.

Ada orang pula sangatlah tensen sampai kekadang dia tak sedar lepaskan tensen dia kat orang sekeliling..Kau salah,aku je betul.
Haih..janganlah sampai macam tu kan. Setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya.Percayalah.

Siapalah kita ni kan..

Dapat bernafas sampai hari ni pun sebab Dia yang izinkan.
Bila-bila masa nyawa ni boleh diambil.Sekelip mata je.
Selagi ada tenaga untuk usaha, usahalah setakat yang mampu. Tak dapat hari ni, InsyaAllah ada la tu di lain masa..
Tapi jangan pula ambil mudah, bila dah tak dapat, takpelah, dah tak ada rezeki kan.
Cuba reflect balik, renung2 kejap..Fikir balik..

+Cukup ke usaha aku tu?
+Betul ke cara aku study?
+Ke aku study sambil rasa tensen, last2 tak masuk pun dalam otak??
+Macam mana hubungan aku dengan Pencipta, family dan kawan2? Kadang2 kita tak sedar, sibuk study sampai abaikan tanggungjawab. Kenapa kaitkan study tu dengan tanggungjawab? Ada kaitan ke?? Mesti la ada..Ni berkaitan dengan keberkatan ilmu tu.

Study study pun, ingatlah yang kita ni hidup bukan semata2 mau dapat 4.00..
Ada yang study sampai solat pun lewatkan2..
Ada yang study sampai tak sempat pun nak pegang Al-Quran..
Alasannya, banyak gi ni nak study.. Padahal ada pula masa buat benda lain, cth macam facebook ke, chatting2 ke..Aik sempat pula tu?

Hubungan dengan orang pun mau jaga. Dan jangan lah sampai abaikan tanggungjawab kan.
Contoh paling simple la ni aku bagi,
Bila duk serumah ni (di US,mostly students duduk off campus ramai2 serumah),
kita kena sedar setiap orang ada tanggungjawab, bukan kerja study je..
Macam bab masak, cuci pinggan,buang sampah ke..Ish rasanya tak perlu la nak senaraikan semua benda basic ni..Janganlah abaikan.

Alasannya,
"ouh aku mana sempat. Mau study ni.."
Benda2 ni la kena belajar dan buat. Dulu masa sekolah, bolehlah nak wat perangai camtu kan. Mak ada boleh kemas. Takpun,aku de orang gaji.

Kalau alasan sibuk belajar, kalau macam tu sampai bila pun tak belajar erti kehidupan sebenar. Nanti bila kau dah kahwin, boleh ke bagi alasan, eh kerja la..Mana la sempat nak kemas2 rumah ni. Dah tu anak semua terbiar..Haih..

Mungkin nampak macam simple, tapi sebenarnya benda ni bermula dari masa2 sekarang la..Sikap. Kalau sikap dah macam tu, sampai ke tua la macam tu..
Dari benda simple2 ni lah sebanarnya boleh bawak benda yang lagi besar.

Tapi kita ni kan manusia biasa, kekadang kita terlupa..
Sebab tu la sebagai kawan kena saling ingatkan..Dan bila dah kena tegur tu, jangan la pula cepat melatah..
Jangan fikir yang hidup aku aku hidup kau kau lah..
Percayalah yang hidup kita ni sebenarnya saling bergantung, tipulah kalau kata boleh nak hidup sendiri saja.
Kita tak tau apa akan berlaku, mana tahu one day, ada masalah dan last2 kawan2 gak yang dicari.
InsyaAllah marilah sama2 berubah ke arah yang lebih baik.
Sekadar peringatan bersama.

*Hidup di sini memang nampak seronok tapi banyak benda kena hadapi. Setahun tu banyak yang aku belajar.
Dari situlah banyak pengalaman boleh dapat dan jadikan ia sebagai ilmu kehidupan. Sebabnya, jauh lagi perjalanan hidup ni (InsyaAllah, sekiranya dipanjangkan umur.)
*Post kali ni sangat panjang..Nak ikutkan banyak lagi nak cakap.Takpelah. Next time.
^_^

2 comments:

sazaku said...

anaku..suka sgt=]
weldone!

Farhanah said...

sazaku..lama xchat..rindu2~
:)