May 20, 2011

#10

Sambil makan cereal dgn susu dan pada masa yang sama layan lagu Melly, kepala teringat nak update blog. Saja la kan nak tunjuk yang aku memang tak ada kerja sangat ni. Rupanya kerja makan tidur tidur dan makan lagi memang tak best weyh. Lama lama kau rasa sikit lagi kepala kau macam benak atau badan malas semacam kalah orang sakit. Betul tak tipu. Jadi tadi untuk buang tabiat tak bagus tu, aku mengisi masa lapang aku bangun awal awal pagi pergi sekolah breakfast makanan fav, egg n cheese on croissant=)

Oh cukup membebel, aku nak cakap pasal lain sebenarnya. Tadi tu mukadimah la lebih kurang.
Memandangkan dah dekat 3tahun dekat sini(2tahun9bulan) aku nak kongsi sikit la benda berkaitan dengan sini specific di Buffalo.(Buffalo salah satu bandar dalam negeri New York).Oh btw sekarang dah summer. Tapi lately asyik hujan, jadi tak panas sangat. Siang memang panjang ah, subuh around 4 maghrib around 8.30pm. Best kan?=P

#1. Niagara fall! Sangat3 cantik. Dah tak terkira berapa kali aku pergi situ dan tak pernah rasa bosan. Kalau datang Buffalo tapi tak pergi memang satu kerugian besar.

#2. Tim Horton. Ni memang tempat favorite budak budak sini kot. Kedai ni macam ala ala dunkin donut la kot tapi lagi best la. Murah dan banyak pilihan dan sangat popular kat sini. Balik Msia, mesti aku rindu egg n cheese on croissant=(

#3. Tax!Ni memang membencikan la. Buffalo ni tax dia memang sangat tak boleh blah. Tax dia tinggi tak beragak.

#4 Tak banyak kedai makan halal. Tapi sekarang Alhamdulillah ada la satu dua kedai arab baru bukak.Daging dan ayam halal ada kat sini tapi kedai tertentu je la..Dan tak de lah dekat sangat. Kira jadi pemakan makanan laut tegar juga la duduk sini.

#5 Tahun pertama kat sini, Melayu boleh bilang dengan jari. Ada 9 orang. Batch aku 2 orang, yang lain semua seniors. Tahun kedua, batch aku (JPA) transfer sini, juniors(MARA) dan private (Melayu), campur campur ada la kot dalam 20 orang. Tahun ketiga, juniors(JPA) dan private datang, bertambah la sikit. 30 orang camtu la..Bagi aku dah ramai la tu.Sebenarnya nak ikut Malaysians di SUNY at Buffalo (merujuk pada Chinese and Indians) ramai jugak, around 200 kot..Tak tahu sangat. Mereka ni tajaan mak ayah.

#6 Biotechnology major untuk batch aku(Melayu)ada 7 orang. Malaysian Chinese 2 orang. 9 orang Malaysians dalam major Biotech dari 20 orang total.

#7 Biotechnology di SUNY at Buffalo fokus pada clinical, basically berkaitan dengan diseases.Dan 2 tahun sebelum masuk major, most of subjects lebih kurang budak Pharmacy, Biomedical, nursing.

#8 Buffalo antara tempat yang sejuk masa Winter dan tempoh Winter boleh tahan lama. Selalunya Winter mula hujung November sampailah akhir bulan empat. Suhu paling sejuk seingat aku dekat -15C kot..Tapi bukanlah tiap masa. Average masa Winter lebih kurang 0C sampai -10C.

#9 Orang orang tua kat sini kuat kuat. Kasihan gak tengok. Umur rasa macam dah 70 je, tapi masih kerja kat supermarket, shopping mall. Proffesor aku pun kebanyakannya dah tua. Dah tahap atuk atuk. Fav 'atuk' aku,dia ajar Instrumental Analysis. Comel dowh=)

#10 Ompoteh sini teruja tengok tudung bawal yang ada batu batu. Bukan semua la..Tapi kebanyakan. Dan orang selalu ingat umur aku 18(kah kah,ok ini tak ada kaitan,sila jangan kutuk aku..haha).Yela, ompoteh sini kan memang nampak sangat dewasa berbanding umur diorang. Asian ni macam muda remaja gitu. Jadi sila berbangga kalau anda Asian=)


Ok, habis sudah.Nak fikir 10 ni pun lama gak tau. See, otak memang lembab kan bila dah cuti lama sangat.haha. Takpe, at least terisi gak masa aku. kiki..=D

7 comments:

Jannah said...

Wish to be at no 1 one day...huhu..Niagra Fall kowt,sapa taknak pi..hehe

Hafizah Radzak said...

Niagara waterfall...me too..huhu..

maggiesedapgiler said...

point no.1 ko tu kena update! kalau dtg buffalo then gi niagara falls tapi tak naik kapal dia, memang rugi besar :D

Anonymous said...

interesting.
mohon share pada budak2 yg nk dtg. bleh?

Farhanah said...

anonymous: boleh aja:)

skySAKINAH said...

bestnya farhanah kat sana, luas pengalaman duk negara orang. berapa tahun lagi kat sana?

Farhanah said...

sakinah: lagi setahun:)