Wah wah sudah masuk 2012.. Alhamdulillah masih sihat dan boleh senyum senyum di tahun baru ni..InsyaAllah tahun 2012 ni merupakan tahun terakhir aku di US. Perasaan masuk tahun baru- takut dan cuak. huhu..
Nak kata happy sebab dah nak habis belajar tak juga sebab sedar lepas ni akan berdepan dengan hidup yang lebih mencabar. Betul betul berada dalam alam realiti erkk sebelum ni fantasy ke? =.=
Alam selepas belajar ni lain,tak macam sekarang..tak payah susah susah cari duit sendiri, yang susahnya part belajar fikir pasal grade je kan..Lepas ni, banyak sangat benda kena fikir kena buat sendiri.Fuhhh...
Biasalah hidup kan, kena melalui banyak fasa kan..dah habis fasa peringkat universiti,sekarang kena lah masuk fasa pekerjaan pula. Apapun sepanjang 3 tahun 4bulan kat sini, banyak sangat benda aku belajar dan banyak sangat memori.
Jadi aku nak kongsi memori memori best sepanjang tahun 2011 :)
#Hari lahirku disambut 2 kali pada hari yang sama tapi tempat lain lain. :D


#International Fiesta. Sebenarnya aku bukanlah orang yang suka masuk pertandingan. Secara kebetulan aku say YES sebab tak ada orang nak masuk,macam kasihan la pula,tapi lepas dah join rasa macam sangat best! Bila lagi nak pakai pakai lawa lawa pastu make up tebal macam opera cina walaupun sebenarnya atas pentas tu orang tak nampak pun muka..haha. Oh yeah dan sangat best juga sebab boleh jumpa kawan baik malam tu dari RIT-bina:)


#Jumpa my makcik! My makcik aka teera datang Buffalo dengan Pidah.. Seronok sangat boleh bawak diorang jalan jalan walaupun masa tu Niagara Fall sejuk!!

#Jumpa matun, taran dan kawan kawan dia dari Minnesota. Pergi Niagara Fall lagi tapi kali ni dapat naik kapal pusing pusing. Sangat awesome!! Macam pergi mandi air terjun pun ada juga sebab tu lah kena pakai baju hujan. Tapi tak membantu sangat pun.

#Aku balik Malaysia lagi masa summer break! hehe..Internship dan dapat bersama keluarga masa perkahwinan kakak. Dan pada masa yang sama dapat jumpa my babe dan sazaku! :)
#Pindah rumah baru:)
#Beraya di Washington DC, makan sedap sedap dan yang penting free!ehehe..
#Penutup 2011 road trip to Las Vegas untuk program Muktamar. Dari Buffalo-Penn State-Pittsburgh-Nashville-Oklahoma-Texas-New Mexico-Las Vegas
Perjalanan ke sana ambil masa 3 hari 2 malam.
Moga 2012 membawa sinar kebahagiaan..Chewah ayat..dalam betul maksud tu. :)
Apapun selamat tinggal 2011, selamat datang 2012.
^_^
3 comments:
pehh ayat dalam habis tu haha. amin..
Good luck for your final..Kasik Malaysia bangga deh!!
thanks cik jannah!!pray for me okay, cuak kot..huhu..u too good luck!:)
Post a Comment