Jul 17, 2012

Alkisah di Msia vs US

Salam :)

Lama sudah tidak ku coretkan alkisah hidup di blog ni..rindu pula.hihi.
Nak update sikit.Sekarang aku dah kat Malaysia tercinta. Dah hampir 2 bulan menjalani kehidupan sebagai seorang anak mithali dan bakal isteri solehah..hahaha;p
yela keja aku memang jadi suri rumah sepenuh masa..kalau masa belajar dulu, boleh dikatakan part time, tapi sekarang memang full time. oh ya selain jadi suri rumah, aku juga pergi kelas memandu setiap isnin rabu dan jumaat seawal 8 pagi :)
kalau nak tengok aku drive, mai pusing pusing kangaq, nampak de kereta L n drive cam gaya pro, aku lah tu.haha. bajetnyeeeww :P

Eh sedar tak sedar tinggal berapa hari je lagi nak masuk bulan Ramadhan :)
Macam kejap je rasa bila kat Malaysia ni. Maybe sebab seronok kot.Haha.
Bukanlah bermaksud duduk kat Buffalo tu tak seronok, yela negara orang kan, seronok macam mana pun, mesti negara sendiri juga best.Chewah patriotik nye bunyi..hehe.
Kat negara sendiri ni best sebab de keluarga, de makanan sedap sedap.
Lagi satu hal nak beribadat pun selesa, tak perlu nak solat kat fitting room ke,belakang kedai ke,tepi jalan ke. Surau, masjid merata rata hah ada. Kat shopping mall pun de surau. Untunglaa kita ni kan :)

Satu benda yang tak best sikit la kat US tu sebab di airport pun memang tak ada sediakan ruang solat. Airport Korea, Singapore ada.Cuma kat Singapore tu tak delah sediakan surau khas untuk Muslim cuma diorang sediakan satu bilik yang mana mana agama pun bebas nak beribadat atau nak beristirahat, kira oklah tu dari tak ada langsung. Oh itu masa aku sampai sana 3tahun lepas kot,sekarang tak tahulah kan.Airport Jepun aku tak ingat sebab lama sangat aku pergi sana, 4 tahun lepas..huhu.
Disebabkan ketiadaan surau tu, bila kat airport US kitorang solat di bahagian tepi atau dekat2 kerusi, asalkan tak menghalang orang. Tapi alhamdulillah kat uni memang ada sediakan surau cuma tempat tempat awam tu memang tak ada. Masjid ada cuma tak banyak dan tak semua tempat ada. Kalau komuniti Islam ramai, selalunya baru de surau atau masjid.

Huuu dari bab memandu boleh pulak masuk bab solat airport bagai kan.Saja je terkenang sikit laaa hidup di sana.Hehe. Rindu? Hmm TAK! Macam aku kata tadi lah seronokkk duk malaysia ni. Haha. Apa pun lain orang lain pandangan. Peace :)


Selamat menjalani ibadah puasa! :)

3 comments:

Ashirah Ibrahim said...

kak fana sye pon nak amek lesen jumaat ni..bln ramadhan lagi berkat..doa2 la yer lulus dgn cemerlangnyer..hahahahaha

Syed M. said...

wauu, dah bleh drivee...

x rindu kitorg keww akak? haha.

Farhanah said...

ashee:wah yeke??mesti comel ashee bawak keta.haha.iA boleh, gud luck!:)
alep:hehe..mestilah rindu kat juniorsss akak!belaja rajen2..heee :D