Aug 16, 2013

Riang Ria Raya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah tahun ini dapat beraya lagi dengan keluarga tercinta dan saudara mara. Walaupun tahun ni kakak sulung tak balik, tapi meriah juga sebab sambut lagi ahli keluarga baru..
Memperkenalkan muhammad zarif bin  Mohd. zaki..



Semangat kan nama anak pun nak letak huruf z jugak. Abang aku ni selepas 11 tahun kahwin akhirnya dapat si zarif ni. Alhamdulillah.. Aku dapat banyak anak sedara hero, dah 4 orang..Irsyad,Shafiq,Shazwan dan Zarif..Heroin de 2 ja Irdina dan Eryna tapi perangai pun dah macam hero, tak feminin langsung. :P

Oh ya tahun ni sempat juga bergedik dengan 2 sahabat kecoh tak ingat dunia ni, syaza dan mardiah. Memang agak bahaya ye bila bertiga dalam kereta. Yela busy bergosip sampai lupa nak belok..Nasib cik driver, mardiah tak kena hon..haha..Kali ni kami pegi redah pasar malam lepas tu pergi masjid terapung Kuala Perlis buka kat tepi tembok sambil tengok sunset. (tgk sunset la sgt, padahal duk pulun telan burger).. Romantik kann.. :P


Kemudian solat sesama dan mengambil gambar bersama berjuta kali sebab susah benar nak dapat gambar yg semua org nmpak comel :P
Terima kasih buat mardiah sebab sudi menumpangkan keretanya, sekarang dah senang nak bergedik bersama gitu..Kalau dulu punya jenuh bincang jadual yang perfect sebab duk harap mak bapak hantarkan..


Oh haa Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin :)



No comments: