Kau benci dia sebab dia memburuk burukkan kau
Tapi apa yang kau dapat dari membenci dia
Adakah dia akan tiba2 datang minta maaf dan berkata
'sorry,aku tak berniat nak kutuk'
Kau benci dia sebab pada kau dia gedik dan sangat 'annoying'
Adakah dia akan berubah sebab kau membenci dia
Kau benci dia sebab dia sudah berubah
Adakah dia akan kembali menjadi seperti dahulu hanya sebab kau membenci dia
Kau benci dia sebab dia berpakaian seksi dan lagak tak seperti perempuan muslim
Kau ingat dengan membenci dia, tiba2 esok dia akan menutup aurat?
Kau benci dia sebab dia tak nak pedulikan kau lagi
Ah terlalu banyak sebab kau boleh benci orang
Tapi berbaloikah benci itu
Membenci orang itu tidak sama sekali mendatangkan kebaikan.
Malah mungkin akan buat kita rasa diri kita sahaja yang betul
Dan diri kita sahaja yang bagus
Orang lain semua teruk
Orang lain semua jahat
'Heh..cakap memang la senang. Lagipun normal la tu kita tak suka orang or macam ada perasaan tak senang dekat orang. Lagipun aku tak kacau hidup orang.'
Betul. Memang normal. Tapi persoalannya berbaloikah??
Pada aku. Tak berbaloi.
Dari kau benci orang
Baik kau mendoakan dia supaya berubah
sekiranya kau benci orang itu sebab perangainya tidak elok.
Dari kau sibuk benci orang
Lebih baik kau bencikan Syaitan
sebab benci ini akan mendorong kau kepada perbuatan lain. Bagaimana?
Contoh, kau benci orang ini sebab dia suka cakap besar
Pasti sedikit sebanyak akan keluar segala cemuhan dan segala sifat buruk dia habis diperkatakan atau dicanang pula kepada orang lain sebab kau sangat benci orang itu.
Padahal orang yang kau benci itu paling tidak, pasti pernah membuat kebaikan kepada kau tapi terlindung sebab kau terlalu benci dia. Tak pasal2 buat tambah dosa je kan mengumpat orang.
Lebih baik kau benci Syaitan
ini akan mendorong kau melakukan perkara2 yang baik sebab kau sedia maklum
syaitan itu jahat.
Jadi kau tak mahu jadi seperti dia sebab kau benci dia.
Lebih baik kau benci perbuatan yang dilakukan orang yang kau benci,
contohnya kau benci lihat aksi dia yang menggedik dengan lelaki,
kau jangan benci dia tapi benci perbuatan dia itu.
Jadi kau tak akan ulang benda yang sama.
Kau benci orang yang obses bercinta sampai tak ingat Tuhan.
Jangan benci dia benci lah perbuatan dia sebab insyaAllah kau tak akan melakukan perbuatan yang sama.
p/s: Sekadar peringatan bersama. ^_^
4 comments:
Sangat agree with this one. Lebih baik harapkan dia berubah jadi lebih baik, barulah sama2 mendapat manfaat:)
stuju sngat..membenci org hanya akan membuat orang membenci kita...
yep3 :)
setuju pasal pompuan muslim xtutup aurat..
jgnlah membenci dirinya..
akan tetapi bencilah perbuatannya...=p
sama2lah kta doakan kesejahteraan umat manusia sejagat
Post a Comment