Lusa adalah harinya.
Sejujurnya aku tak bersedia.
Oh tak bersyukurkah aku?
Hampir 3 minggu tinggalkan buku. Sentuh pun tidak. Apatah lagi mengemas semula nota nota lama yang dah bercampur campur tu. Physiology, Organic Chemistry dan Fizik.
(sebenarnya tak ada la lama sangat, baru je beberapa minggu lepas aku tinggalkan setelah berakhir semester yang sangat menyeksakan bagi aku, Fall2009)
Tapi Alhamdulillah berjaya juga harunginya. Tapi lelahnya masih terasa. Belum puas rasa berehat-rehat. Perjuangan baru bakal bermula.
Spring 2010..ups sudah 2010.
Maksudnya apa? Umur pun sudah bertambah. Agak sedih ya di situ..T_T
Percaya atau tidak, bila umur bertambah.
Benda yang datang dalam fikiran, mesti ini kahwin..haha..Banyak la kahwin, diri sendiri pun tak terurus.
ok abaikan pasal kahwin.:P
2009. Banyak kenangan. 2010 bagaimana ya? Hanya Allah yang tahu.
Mana tahu mungkin ini tahun terakhir aku bernafas di bumiNya.
Cukupkah amalan? Belajar belajar juga tapi jadi sia-sia bila tujuannya hanya di dunia sahaja.
Sebab mahu 4flat sematakah? .Dapat kerja bagus? Mahu beli kereta besar? Rumah?
Jadi mind setting kena perbetulkan. Yang lepas biarkan lepas.
Bersyukur dengan apa yang ada, dengan apa yang Allah dah beri.
Usaha mesti berterusan + doa yang tidak putus.
Dan hargailah orang orang yang hargai kita dan mungkin selama ini dia pernah menjadi orang penting dalam hidup kita dan pernah sekurang-kurangnya buat kita bahagia.
Ouh mungkin kamu kata tak dapat lagi jadi macam dulu atas sebab2 yang kurang pasti. Sudah berubah mungkin. Tanpa disedari. Tapi sebaiknya sesama Islam, elakkan bermusuhan, belajar memaafkan.
Cemburu, sakit hati, marah bila dibiarkan membuat jiwa tidak tenang.
Tak guna bermasam muka pada benda yang tak perlu pun. Esok tiba-tiba mati macam mana, berbaloikah bawa masuk kubur semua tu.
Hidup ini simple jika apa yang kita fikir dan tindakan kita kerana Allah.
Kita yang suka buat ia menjadi kompleks.
Hidup di dunia ini ujian semata dariNya samaada kita benar benar beriman denganNya.
Susah itu satu ujian dan senang itu juga satu ujian.
Aku paling takut ujian senang. Sebab cepat terbuai dan leka.
Selalulah bersyukur padaNya walaupun benda itu nampak simple.
Jangan hanya nak ucap syukur bila result gempak.
Kadang kadang kita terlepas benda benda simple.
Bersyukurlah padaNya kita masih mampu lihat, dengar, cakap, bergerak, makan, minum, tidur. Alhamdulillah ditambah sihat pula tu.
Ouh bersyukur bukan sekadar mengucap Alhamdulillah.
Gunakanlah sebaiknya pemberian yang Allah dah beri.
Contohnya, kurangkan menonton atau mendengar benda2 yang boleh buat kita lalai dari mengingatiNya.
*Moga hari esok lebih baik dari hari semalam.*
*Ouh dan ya..jangan segan2 tegur diri ini jika tersasar dari jalanNya. Sama samalah kita ingat mengingat :)*
4 comments:
Thanks for the good reminder. Sama2 kita saling mengingatkan. InsyaAllah:)
manusia sering alpa,
sama2 bertegur sapa ya...
_pantun_
=D
huhu seronok lah baca blog kak.
sama2 kita mengingatkan diri kita =]
Post a Comment