Akhir akhir ni aku lihat banyak post pasal cinta. Tapi sudah tentu pengisian yang berbeza.
Ada orang jatuh cinta, meluah rasa resah di hati.
Ada orang jatuh cinta, meluah rasa rindu kepada orang yang dicinta.
Ada orang jatuh cinta tapi tak mahu melayan cintanya, berharap Allah melindunginya dari cinta yang melalaikan malah merosakkan.
Ada orang mungkin jatuh cinta mungkin tidak, tapi mengingatkan teman agar tidak terjerumus ke dalam cinta yang merosakkan itu.
Pokoknya semuanya soal cinta.
Ouh aku pula bagaimana? Cinta jugakah.
Persoalannya kat sini kenapa semua asyik fikirkan soal ini.
Kenapa? Tak bolehkah?
Bukan budak budak lagi, sedangkan budak budak pun lagi pandai bab bab ini.
Boleh. Bukan tak boleh. Jatuh cinta itu normal. Tiada apa yang pelik pun.
Yang menjadi pelik bila cinta itu buat jiwa kacau, hidup tak tenang.
Lagi teruk, terus rosak. Rosak bagaimana?
Rosak bila kamu asyik fikir soal cinta sampai kamu lupa tanggungjawab kamu sebagai hambaNya.
Rosak bila kamu asyik melamun fikir
adakah dia jodohku
adakah dia juga sedang rindu aku
adakah dia akan setia pada aku
adakah dia akan tinggalkan aku
adakah dia tipu aku selama ini
benarkah dia betul betul suka aku
perlukah aku terima dia menjadi bf/gf aku
Ouh sedihnya..berapa banyak masa kamu terbuang bukan
Dan lagilah rosak bila masa kamu terbuang dengan berjumpa,(dating) dan etc etc.
Padahal dia itu bukan milik kamu.
Istilah 'in a relationship' itu tidak wujud selagi mana dia itu belum sah menjadi hak kamu, halal bagi kamu.
Jadi mengapa perlu membuang masa?
Sedangkan banyak lagi perkara lain yang kamu perlu risau
Yang kamu perlu cari
Yang kamu perlu perbaiki
Bagaimana hubungan kamu dengan Dia?
Kamu tak takutkan makin jauh dengan Dia?
Kamu tak takutkah Dia 'tinggalkan' kamu?
Selalu tak periksa?
Pernah tak rasa rindu Dia?
Rindu itu dalam erti kata,
'sehari tak baca Al Quran, jiwa rasa kosong. Bila lambat solat, mula rasa bersalah.
Bila tengok benda yang melalaikan, cepat cepat tersedar, rasa Allah sedang perhatikan'
Ouh itu antara contoh contohnya..
Ada ke tak ada? Mari periksa sama sama.
Itulah yang aku maksudkan dengan rosak.
Rosak bila sebahagian atau mungkin keseluruhan hati kamu itu diambil alih dengan cinta yang rosak.
Bila hati dah dipenuhi cinta rosak itu, masih adakah ingatan kamu untukNya.
Ya,kalau ada pun..berapa percent sangat? Cukupkah untuk bekalan akhirat kelak?
Agak sedih bila cinta rosak ni jadi keutamaan.
Itu baru cerita jatuh cinta. Bagaimana putus cinta?
Menangis air mata darah macam suami/isteri mati?
Ada ke kamu menangis bila mendengar ramai yang tersepit, tercedera, hilang nyawa akibat gempa bumi di Haiti baru baru ini.
Ada ke kamu ambil kisah tentang perkara2 yang berlaku di sekeliling kamu.
Musibah, perang atau bencana.
Buka minda. Jangan biar terperangkap dalam cinta rosak.
Moga aku juga dijauhkan dari cinta rosak. InsyaAllah.
Yang baik itu dari Allah.:)
14 comments:
"Moga aku juga dijauhkan dari cinta rosak. InsyaAllah"
Moga dimakbulkan.Amin.
bak kata sorg ustaz "cinta 2 ibarat kurap, makin digaru makin sedap!" tp... bukan semua cinta jadi kurap... ada jugak cinta mcm baja. ini bgantung kpd penyemai benihnya. kalau terlebih, pokok akan obesiti kan? kalu terkurang aneroxia la pulak... macam2 plak penyakitnya kan? pandai2lah memilih guna mata ati :D wallahu a'lam
naurah :)
setuju. kena la ada batasannya kan..
cinta oh cinta..
org kata cinta itu buta..
tp sebenarnya manusia tu yg buta..
cinta pada ALLAH ditolah tepi, cinta pada manusia yg dicari-cari..
*sigh*
itu bermaksud seseorang tu tak yakin dengan janji Allah..takut hilang bf/gf, hilang kasih Allah camne lak tu..sama2 lah kita ingat mengingat.:)
aku mengaku aku salah seorang yg xdapat menolak drp cinta manusia..
tetapi xbermakna aku lari drp cinta Illahi....
Tak ada peliknya sazaku, dah namanya manusia..normal la tu.
Maksud post aku ni refer for those yang obses or yang menjadikannya no satu dari benda2 lain yang sepatutnya.Sebab benda apa pun, bila berlebihan, akan memudaratkan juga.
Btw, this post peringatan untuk aku juga supaya tak lalai.:)
nope..
aku tak kritik pon post ang ni..
mmg bagus..
aku suka penulisan hg..
aku ngaku sedikit sbanyak mampu tarbiah everyone..hehe
teruskan dgn gaya penulisan mcm ni..
suka suka^_^
^_^
*at last dapat gak komen ang..haha..*
hehe..tp agk byk step la nak bukak blog hg ni..
aku kna bukak org len dulu,baru dapar nukak blog hg..
lau tros dr blog aku xdapat..
hailah yeke..wuuu..pelik betul jadi camtu..
apapun..kesungguhan anda melontarkan komen adalah sangat dihargai..
weng weng..:D
good..tenx 4 ur advice=p
enah..hehe...tenx:)
Post a Comment