Jan 24, 2010

KAWAN

KAWAN
Siapa yang tak nak ada kawan.
Belum menjejak kaki ke tadika lagi, aku dah ada kawan.
Dengan abang aku la (walaupun aku rasa dia lebih banyak membuli dari berkawan..tak apa..anggap je kawan.haha.)
dan ya, sepupu aku juga, aku panggil dekwa.
Bila dah pergi tadika, dapat kawan kawan lain pula.
Kemudian sek rendah, sek menengah, dan sampai ke kolej dan ya sampai sekarang:)
Tahun demi tahun kawan itu bertambah.
Ada juga yang hilang.
Ada yang masih kuat ukhwahnya.
Ada yang biasa biasa sahaja, melihat perkembangan dari jauh.
Dari mana tu? Facebook dan blog la..mana lagi kan..hehe..:D
Friendster? Erk. maaflah dah lama delete.

Bila dah besar ni..Umur pun dah bertambah (ish sensitif bila sentuh bab umur ni:P)
Mesti akan menilai semula atau sedar.
Mana satu benar benar sayang kamu sebagai kawan. Mana satu benar benar kawan baik.
Bukan sebab kamu pandai. Bukan sebab kamu kaya. Bukan sebab kamu cantik. etc etc.
Tapi sebab kamu adalah kamu. Baik buruk kamu.
Yang baik dipuji. Supaya kawan itu rasa senang.
Yang salah ditegur. Supaya kawan itu tahu dia ada buat silap.
Tapi janganlah tegur membuta tuli, tanya baik baik, tegur baik baik.
Kalau tak sampai bila pun dia takkan tahu silap dia dan terus membuat kesilapan.
Sebab kamu sayang kawan kamu.Kamu mahu dia berjaya sama sama ke jalan yang diredhaiNya..Itulah baru kawan.

Kawan baik tak bermakna kawan yang kamu perlu cerita semua tentang kamu.
Bila kawan kamu berahsia. Hormatilah dia. Sebab dia juga punya ruang dia sendiri.
Kawan baik tak akan berprasangka buruk dengan kamu.
Kawan baik itu tak akan cemburu dengan kamu. Bila dia lihat ramai orang sayang kamu dan ramai orang mahu rapat dengan kamu.
Dia akan makin sayang dengan kamu dan rasa bertuah dapat jadi kawan kamu.
Kawan baik itu tak akan menceritakan perkara perkara buruk tentang kamu bila berbicara dengan kawan lain walaupun masa itu dia sedang marah dengan kamu.
Kawan baik itu tak akan cari kamu bila masa susah sahaja, bila perlu kawan untuk mendengar. Tapi dia cari kamu sebab mahu tahu tentang kamu, mahu berkongsi suka duka.
Kawan baik itu bukan diukur dari lamanya masa kamu kenal atau banyaknya masa kamu luangkan bersama.
Kawan baik itu bila dia dapat pengaruhi kamu ke arah kebaikan.
Dan dia tidak menolak bila kamu mengajaknya ke arah kebaikan.
Itulah sebenar benar kawan. Ukhwah yang terbina kerana Allah.
Jom berusaha jadi kawan yang baik.
Barulah kita akan mendapat kawan yang baik juga :)

*Sebenarnya sangat rindu kawan kawan aku. Nak ambil kesempatan mohon maaf kalau ada buat salah silap sepanjang kenal. Tak kisahlah kawan tadika ke,sek ren,sek men,intec,suny..huahua..*dah macam hari raya lak..xpe..takkan tunggu raya baru minta maaf*

8 comments:

maggiesedapgiler said...

sependapat dengan definisi2 kawan baik di atas:)

sazaku said...

aku maafkan hg..
haha..
sgt menusuk kalbu...
g00d^_^

maggiesedapgiler said...

thanks.ur one of them too:)

*lambat nak reply:p*

Matluthfi90 said...

one saying goes

'friends comes and go, but friendship stays'

Anonymous said...

wow.. nice definition..
n juz wanna say thanks and sorry for everything my bestfriend :)

p/s: lama aku xcomment kt blog ko kn.. haha..

Farhanah said...

mud: thanks for the comment.
*btw, love ur vid :)*

taran: xpe, lama tak komen tak bermaksud ko lupa..hehe..jgn risau, dah lama maafkan ko..haha..:P
*u r one of them too bestfiend:)*

Ruang Kosong said...

omo...aku???

Farhanah said...

pe pe babe? ang tu dah in a relationship dgn aku, masih mau tnya ka..haha..:P