Februari sudah.
Baru suku semester tapi sudah ada exam
Perkara biasa mungkin di mana mana university di sini
Ouh mungkin akan berkata 'biasalah test je pun'
Tapi beratnya itu sama sahaja seperti final
Jika kecundang di awal exam. Hah sakitnya untuk cover.
Dan lebih sakit bila mendapat lecturer yang bukan tak bagus
Tapi mungkin aku yang tidak cukup bagus untuk faham
Jadi belajarlah sendiri sampai otak sangat penat
Dan terima kasih buat kawan kawan yang sama sama membantu
sebab semua pun sama
merungut tak faham juga
Ouh memahami ilmu bukanlah mudah
Tidak semudah tidur dan makan
Tidak semudah menonton movie
jalan jalan shopping
Tapi ia jadi mudah buat kita yang mampu ni
Ada orang susah nak tidur sebab insomnia. sampai kena depend dengan pil tidur.
Ada orang yang nak shopping tak mampu, duit tak ada
Jadi jangan cepat melatah bila susah
Dan jangan pula bandingkan dengan orang lain
Sebab nak beritahu orang dia lagi susah
Kononnya dia lah yang paling susah
Yang paling hebat cabarannya
Contohnya:
'alah ko nye course pe la sangat. Aku ni punya la berlambak subjek nak kena cover. Semua tahu kot aku nye course susah'
'alah, subjek tu je pun. Aku ni bla bla bla..'
Ouh agak tak sedap di situ.
Kenapa mahu berlawan siapa lagi susah.
Sepatutnya cakap yang baik baik. Naikkan semangat.
'InsyaAllah kau boleh buat.Nak berjaya, kena la susah dulu.'
Hah tak ke sedap bunyinya.
Ingat ini. Lain orang. Lain kemampuan.
Lain orang. Lain ujian dia.
Bila rasa susah. Ingat. Bukan kita seorang je yang rasa.
Semua orang pasti merasanya cuma mungkin dalam keadaan yang berbeza.
Apa apa pun.
Jom bersusah bersama sama
Berjaya sama sama
p/s: dengar my juniors ada exam lagi. Goodluck korang:)
1 comment:
i like this one.
Post a Comment