Ini kali kedua menyambut hari jadi di sini
Sambutan itu tidak perlu, tapi lebih kepada meraikan
melahirkan kesyukuran masih dipanjangkan umur.
Alhamdulillah.
Dan mungkin juga hari itu kita terasa dihargai dan disayangi
Siapa tak suka orang sayang kan
Tak perlu dinyatakan umur ke berapa. Yang tahu diam diam sudah :P
Bercakap pasal umur, mesti nak kaitkan dengan kematangan
Setiap orang itu berbeza kematangannya
Umur sama tapi belum tentu mempunyai tahap pemikiran dan pandangan yang sama
Pendapat aku seseorang itu semakin matang apabila dirinya didedahkan dengan
pelbagai suasana, pelbagai jenis ragam orang dan pelbagai bentuk ujian dariNya
Sebab dari situ, fikiran tak sempit hanya pada satu arah sahaja
Kekuatan menghadapi dan menangani ujian hidup menjadikan diri makin kuat
Di luar mungkin kelihatan gembira ceria tapi sebenarnya
Aku punya ujian berperang dengan diri sendiri
Terlalu banyak nikmat dunia yang sementara perlu diperangi
Kalau tersilap langkah boleh menjauhkan diri dariNya
Berfikir dengan akal yang sihat, rasional dan ilmu
untuk memilih yang lebih utama
Berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik
Kadang kadang tersasar dari jalanNya
Berharap dengan umur yang semakin meningkat
Ilmu makin bertambah
dan dimanfaatkan sebaiknya
InsyaAllah
Moga kita semua berada dia bawah lindunganNya
*26 Feb. Hari jadi my hero. May Allah bless him. Love always~
1 comment:
Selamat Hari Jadi Ana :)
Urm,bg pendapat aku setiap org ada cabaran sendiri..
Tp walaupa pon,kita tak leh ckp n tak leh jd pengecut dgn cuba ngelak drp cabaran atau ujian tu..
tabahkan hati..
Allah tak kan turunkan ujian kpd seseorg melainkan dia mampu menghadapi ujian tu..so believe in this...
InsyaAllah, we may go through it..
Amin..
Semoga hepi2 slalu n sengih2 slalu mcm aku kenal dr dulu anaku..:)
Post a Comment