Sikit lagi, dah separuh bulan Mac
Lama betul tak update ni
Spring break pun nak habis dah
Agak sedih. Tapi tak apa. Dah puas dah berehat2.
Tengok movie. Jalan2. Tidur:P
Tapi kena ingatkan diri, enjoy2 juga, tanggungjawab jangan sesekali lupa.
Yeah, assignment. Study. Kehidupan normal seorang pelajar.
Tapi terhenti di situ saja ke tanggungjawab kita?
Tanggungjawab seumur hidup kita. Sudah tentu dengan Pencipta, Allah.
Hubungan dengan Allah tu lain. Tak boleh nak buat sekerat-kerat atau nak buat hanya bila rasa suka.
Bila rasa rajin.
Bila rasa sedih ke.
Baru lah kalut nak buka Al-Quran. Baru nak doa.
Memang la bagus bila ada kesedaran tapi seeloknya usahakan supaya berterusan atau istiqamah. Bagi ada rasa atau penghubung denganNya.
Pendapat aku konsepnya sama dengan cinta kita sesama manusia.
Macam mana nak cinta, kalau kenal pun tidak. Contohnya tahu nama je.
Jumpa tak pernah, bercakap tak pernah, apatah lagi nak kenal sifat2 orang tu.
Baik ke peramah ke kelakar ke.
Contoh selalu kita dengar pasal kawan yang dah makin jauh rasa.
'Dah jarang contact.'
'Dah lama kot tak jumpa dia.'
Jadi rasa itu makin lama makin pudar. Paling teruk terus hilang. Tak ada dah rasa cinta.
Cuma bezanya kita mungkin rasa macam hubungan dengan Allah macam sebelah pihak je kan.Kita yang kena jumpa dia 5x sehari (solat), baca A-Quran, puasa.
Inilah silapnya. Silapnya tak kenal Allah betul betul.
Bila dah tak kenal,macam mana nak cinta. Dah tak ada rasa cinta, nak jumpa Allah pun rasa malas je kan apatah lagi nak buat benda Dia suruh dan tinggalkan benda Dia larang.
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur."
Surah Al-Furqaan:50
'Supaya mereka berfikir' dalam erti kata lain mengenalku serta bersyukur.
Allah pun dah tekankan 'mengenalku'.
Teringat ayat popular ni. 'Tak kenal maka tak cinta'
Tapi sayangnya orang suka kaitkan kata kata ni atau lebih tepat aplikasikan dengan cinta dengan lelaki perempuan je.
Kesimpulannya, kita yang atas kad pengenalan-Islam ni jangan rasa terlalu relax dan leka, cari dan cari ilmu tu. Banyak. Nak tak nak je. Internet ada. Gunakan sebaiknya, bukan asyik melayan movie je(peringatan untuk diri sendiri juga). Bukannya tak boleh tapi seeloknya janganlah berlebihan sampai abaikan tanggungjawab dengan Dia.
Tapi sumber yang paling utama sudah tentu Al-Quran. Tetapi,hanya sekadar baca tanpa faham pun tak ke mana juga. Sebab faham itu penting. Bila dah faham baru rasa seronok nak beramal bukan sebab terpaksa :)
Apapun, yang baik dariNya
yang tak baik kelemahan diri sendiri
1 comment:
Thanks for the reminder.
Post a Comment