Jun 27, 2010

Jalan jalan=)

Kali ni aku nak cerita pasal aktiviti jalan jalan sempena habisnya kelas summer..sebelum ni kan macam serius je post aku, macam nak marah orang pun de bila baca balik..okeh so sekarang kita relax relax sikit ^_^

Kelas summer aku habis dengan rasminya hari jumaat, dekat dekat pukul 9 pagi..Pukul 7 pagi dah tercongok depan tempat tunggu shuttle tu..ngantuk toksah cakap la..sebab sejak kelas summer ni, aku selalu malam berjaga sampai ke subuh tak tido, siang faham faham lah kan..=P
lepas tu tunggu la punya tunggu sampai pukul 8.00 pagi, baru exam..
habis je exam tu, aku terus cabut..Sebenarnya dah rancang dari semalam, nak pergi makan McD kat hujung jalan keluar dari school.
So, habis je exam, pergi la makan egg n cheese muffin dan mocha..nasib aku tanya dulu de pape tak selain egg dalam muffin tu..kang free free je merasa ham/pork..eww..so aku mintak nak egg n cheese je..

Sorang sorang duk melangut kat McD tu, muka happy habis tak boleh belah sebab rasa bebas gila gila kot...almaklumlah lepas ni kan balik..wohoooo :D
Aku toleh la kiri kanan jap, err tengok makcik n pakcik tua je banyak..serius, kadang kadang tahap nenek dan atuk dah ni..huu, ni satu benda aku pelik dari dulu, kalau kat Malaysia, confirm penuh pasangan pasangan muda mudi kat McD..ni aiyark..tak pasal pasal terasa satu geng lak..hooohh =.="

Then malam tu, aku dan kengkawan pergi usha bunga api..huu..dah lama tak tengok bunga api okeh..kat sini, setiap jumaat de bunga api kat niagara fall..cantik wuu..ramai orang berkumpul kat padang depan air terjun tu sambil melangut kekaguman tengok bunga api..







Esoknya, cadang konon konon nak petik strawberry..Malangnya strawberry farm tutup, dah habis dipetik orang T_T so, malam tu, gi la petik kat kedai je =.="

Next,ahad..hari terakhir rent kereta..Sebab kitorang tak de keta, so nak gi jalan, kena la rent..Hah sebelum tu, sempat gak aku lepas rindu memulas stereng dan menekan2 minyak dan brek..hehe..balik ni lesen jom!(ces, padahal orang lain lepas spm dah de lesen, aku baru nak terkial2..nyesal lak dulu xmo amek..hmm abaikan)
Ok sambung balik..So last day berjalan jalan ni, kitorang gi pantai..nama dia Beaver Island..Best jugak la tempat ni..Sesuai nak picnic..main frisbee ke..Tapi tadi kitorang main teng teng dan frisbee..

ok tu je la aktiviti best+habis gempak aku buat sebelum balik minggu depan..best+penat..aduss,pe aku nak wat 5 hari yang tinggal ni sebelum balik ha??on9?boringg...nanti lama lama kena tambah power lak asik ngadap laptop je.hoh..
Bola??erkkkkkkkkkkk....Takpe la..aku lebih rela main dengan cik T dari tengok bola=P

3 comments:

Ashirah Ibrahim said...

hui sronok nmpk

maggiesedapgiler said...

5 hari ni sambung novel ah weh.

Farhanah said...

ashee:sonok sonok^^
megi:bagus gak idea tuh.