Jun 21, 2010

Remaja dan seks

Apa nak jadi dengan remaja sekarang?

Serius rasa takut dan terkejut bila baca berita harian tentang remaja 13-25 tahun yang mengaku terlibat dengan salah laku seksual dan gejala seks.
Tu yang mengaku, yang tak mengaku entah berapa ramai. Itu belum termasuk pergaulan bebas laki perempuan, pegang pegang yang kononnya ringan ringan je bagi mereka asal tak sampai tahap mengandung sudah.
Itu tak termasuk lagi dating sana sini, berdua bajet macam suami isteri. Kalau mati masa tengah pegang pegang or tengah jalan jalan pegang tangan pergi tengok movie, pastu kena langgar kereta, mahu ke mati dalam keadaan camtue? Haih tak tau la pe nak jadi.

Lantaklah orang nak kata aku kolot ke, bajet baik ustazah,or perempuan tak laku bising je lebih, tak de boyfren or whatsoever. So what, kalau tak de boyfren?
Terasa de jaminan ke boleh kahwin aman damai, ada jaminan ke bahagia dunia akhirat, kalau perangai masa muda kira nak berhibur je, ilmu agama entah ke mana..
Boleh ke nanti nak didik anak2 jadi baik, berakhlak kalau bakal ibu bakal ayah pun dah perangai macam apa..
Bercinta tak ingat dunia, agama buang tepi. Yang lagi tak tahan, tanpa segan silu, boleh pula post gambar2 bersama dating, tangkap gambar dekat2 bajet macam dah jadi suami isteri..yang lagi sedih tu bila orang yang tau hukum tapi tak tau la asal buat buat tak faham pulak.

haih perempuann, silalah jaga akhlak kamu, tak sayang diri ke..Tak takut dosa ke..
Tak nak salahkan lelaki sangat sebab lelaki ni tak de sebab nak paksa kalau perempuan tu tak bagi..
So perempuan, please la jangan jadi desperate sangat. Biar tak de boyfren pun tak pe, dari hidup bergelumang dengan dosa..
Zaman sekarang yang makin pelik, benda yang terang terang salah dianggap biasa.
Somehow rasa bersyukur sangat sangat datang sini, sebab tak ramai melayu, so pengaruh yg konon2 benda biasa tu, berdating sana sini bajet suami isteri tak de kat sini. Aku tak tau la kat local ipta camne..tapi dari pembacaaan dan dari kawan2 kat sana, benda2 camni sangat2 lah normal.
Yang tak terlibat tu pulak dianggap luar biasa.
Kat sini, universiti lain aku tak tau la camne..Tu baru satu hal..Yang satu hal lagi, pasal bukak tudung padahal tahu hukum hakam agama, yang lagi sedih pergi sekolah agama kot..Tak tau la culture shock dekat dari arah mana sebab punya la berlambak orang Islam kat Malaysia tu. Tapi yang lagi sedih, banyak kes pakai tudung tapi dressing fuhh kalah orang yang free hair ni..Kalau orang yang tak faham maksud 'menutup aurat' tu camne, tak pe jugak..Ni yang faham ni,tak tau asal still nak buat. Takkan nak tunggu tua baru nak berubah, kalau mati masa muda camne..Bukannya kita tahu pun bila masa nyawa ni Allah nak ambil.Pinjaman je kot.
Btw for those yang tak tahu(perempuan), menutup aurat tu bukan sekadar tutup rambut semata-mata, tapi biar sampai tak nampak susuk tubuh,tak jarang dan tak ketat.Tutup semua kecuali muka dan tapak tangan. Aku perasan kat Malaysia, trend sekarang pakai selendang ek? Tapi satu yang tak best, makin lama aku tengok,asal makin singkat je selendang tu + nipis lak tu.Nak bergaya pun, tapi agak2 la batas wahai perempuan..Bukannya rugi pun jaga..Untung lagi adalah..Allah pun suka.

Aku ingat lagi dulu masa first year, aku je satu2 orang pakai tudung gi kelas, dan satu2 nye orang Islam for most of the kelas..Pernah gak la kekadang rasa cam alien gitu. Rasa cam orang asyik pandang2 gitu dan tak rasa macam orang lain.
Sampai satu tahap aku macam pernah terfikir gak nak bukak je, tapi nasib baik mak ayah dah kasi didikan agama secukupnya+hantar pergi sekolah agama, tahu benda tu salah. Pengajaran kat sini,kalau nak buat pape pun, kita kena la fikir dulu, bukan main taram je sebab orang lain buat, kita pun rasa best nak buat. Apa apa hal pun, berbalik pada Al Quran dan sunnah. Bukan hidup suka hati macam orang tak ada agama. Sia-sia je kat IC tu tulis ISLAM..Macam tak de nilai.Patutnya buat kurungan sekali ISLAM(warisan)..

Sorry la post ni sangat lah tajam gitu,memang tak ada tapis2 lagi. Cuma rasa bertanggungjawab untuk tegur dan peringatan untuk diri jugak. Sebab aku pun banyak cacat cela dan sedang dalam proses memperbaiki diri menjadi sebenar benar Muslim, bukan sekadar warisan mak bapak je..

5 comments:

jihah said...

salam..wah, best la post kali nie. mabruk2x alaiki=) setuju sgt2 dengan penulisan nie.. hehe..

sazaku said...

sukee =)

KittyCutey. said...

betul2...tgk kt msia tu lg teruk org melayu bercinta dr mat salleh kt sini kn..kalo kt msia tu asal kapel jek kne kepit sane sini..pastu x segan silu nk post kt wall fb..ayang sane..bie sini..abg situ..goli den dongar.. Mat salleh sini pn xde la extreme cmtu..

Pasal pakaian pn cmtu..huhu...
Mintak2 aku( dan kita) dijauhkan la dr terpesong jugak..ameen~

Farhanah said...

Peringatan bersama=)

Raafiq Zakaria said...

terbayek